
Diharapkan mereka tidak lagi akan berbuat demikiansetelah membaca artikel ini.
Ia nya bukan kerana dirasakan kurang sopan, atau kemungkinan mengotorkan atau merosakkan papan pemuka – tetapi kerana beg udara yang berada di situ. Jika beg udara ini diaktifkan ketika kakinya berada di atas papan pemuka, beg tersebut akan menolak lututnya ke muka, memecahkan rahang, gigi serta beberapa sendi dan mengakibatkan kecederaan serius. Beg udara itu bertujuan untuk melindungi penumpang itu sebaliknya akan menyebabkan kerosakan yang tidak terperi dan kesakitan yang amat sangat.
Tidak akan ada masa untuk bertindak balas sekiranya berlaku perlanggaran secara tiba-tiba, dan beg udara akan mengembang dalam masa 3/10 saat dengan kuasa yang sangat kuat. Oleh itu, jika anda berada di tempat duduk penumpang, letakkan kaki anda ke bawah. Paling mudah dan paling selamat adalah untuk mengekalkan kaki anda di atas lantai kenderaan.
Berikut adalah video yang menunjukkan bagaimana cepat dan bagaimana kuat beg udara boleh mengembang.
0 Response to "Inilah PADAH Yang Bakal Terjadi Jika Anda Tidak Meninggalkan Tabiat Meletakkan Kaki Di Dashboard !!!"
Post a Comment